Thursday, 15 December 2011

Aurat


Ramai antara teman2 seperjuangan sy dulu mula membuka tudung bl mereka mula bekerja. Mula buat rebonding & tudung dh x pakai sbb takot rambut x straight. Kalo pakai pn time jumpa kat kampung time ry. Sedih melihat perubahan sedrastik itu, dan sy kdg2 jd takut. Doa sy "Ya Allah, jgn lah kau pesongkan hatiku & jauhkanlah ak dr seksaan api neraka". Semoga sy dpt memelihara aurat dan maruah sy sebaik mungkin. Kat bawah ni antara petikan dari page Ibrah tentang kewajipan bertudung utk renungan sy & semua saudari seislam. Selamt membaca & semoga mendapat iktibar =)

Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi.

Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat.

Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.

SESUNGGUHNYA AZAB ALLAH AMATLAH PEDIH
 
 
p/s : Berhasrat utk bertudung labuh

No comments:

Post a Comment